Gambar ni dirakamkan di lampu isyarat Jalan Loke Yew berdekatan Dewan Bahasa dan Pustaka. Aku sangat suka view ni sebab ada kenangan berkaitan kehidupan aku di Kuala Lumpur. Aku mula datang KL pada umur 15 tahun (datang sendiri dengan kawan-kawan). Bila sampai sahaja di KL, kawasan yang sangat aku kagum bila lihat ialah di sini (gambar diatas). Sebabnya akan dapat lihat KLCC dan bandaraya KL yang penuh dengan cahaya lampu (oh ya, aku bertolak naik bas dari Kulim jam 11.00pm dan sampai KL 4.30am di Hentian Puduraya).

Kalau di Kulim, jam 4.30am tak ada orang yang berjaga, gelap dan sangat sunyi. Sejak dari pertama kali tu lah aku dah mula suka kawasan ni dan secara automatik jugak aku tak pernah terlepas untuk tengok kawasan ni walaupun tidur mampus dari Kulim ke KL. Memang agak ‘jakun’ la, tapi tulah realitinya. Sekarang aku menetap di KL dan berkeluarga di sini. Tudia, panjang pulak kali ni tulis. Selalunya post gambar sahaja. Ok, Salam.

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!