Terima kasih kepada kawan aku, Hafiz Johari dan Bob Noradzerene yang sudi datang naik motor ke KLIA untuk hantar aku menunaikan Umrah.
Masjid Nabawi, Madinah. Selepas solat subuh, payung ni akan dibuka.
Pencuci Masjid Nabawi.
Air Zam Zam bertong-tong. Minum la sepuas-puasnya sambil berdoa kepada Allah.
Peniaga di Madinah ni sangat fasih berbahasa Melayu / Indonesia. Beli barang tak payah cakap arab atau english, cakap melayu je. Mungkin sebab banyak sangat jemaah dari Malaysia dan Indonesia ke sana.
Alhamdulillah pada 06 Jun 2013 aku diberikan rezeki untuk menunaikan Umrah selama 11 Hari. Di sini aku kongsikan gambar-gambar sepanjang berada di Madinah dan Mekah. Aku guna kamera Fuji X100 sahaja. Tak bawa DSLR sebab aku tak nak terlalu gila ambil gambar sehingga mengganggu ibadah. Jadi, layankan jelah apa gambar yang aku post ni. Terima Kasih.